fb fb fb fb fb

EPL: Spurs kukuhkan cengkaman di persada liga

Para pemain Tottenham Hotspur meraikan kemenangan menentang Crystal Palace/FOTO AFP

LONDON, 28 Oktober -Tottenham Hotspur semakin mengukuhkan cengkaman di persada liga dengan kelebihan lima mata selepas berjaya menewaskan Cyrstal Palace 2-1 sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah musim ini.

Skuad bimbingan Ange Postecoglou mula mendapat rentak selepas pemain Crystal Palace, Joel Ward menjaringkan gol sendiri setelah tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-53 separuh masa kedua.

Ketua pasukan Tottenham Hotspur yang juga pemain antarabangsa Korea Selatan menjarakkan kedudukan 2-0 selepas mudah menolak masuk bola hantaran pemain gantian, Brennan Johson pada minit ke-66.

Crystal Palace merapatkan jurang gol menerusi Jordan Ayew pada minit-minit akhir perlawanan bagi menjadikan kedudukan akhir 2-1.

Kemenangan tersebut membolehkan Tottenham Hotspur mengumpul 26 mata mengatasi pencabar di tangga kedua Manchester City yang mengumpul 21 mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD