fb fb fb fb fb

Terbuka Perancis: Tze Yong mara ke separuh akhir

Pemain perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong/FOTO BAMalaysia

RENNES, 28 Oktober -Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong bakal bertemu pemain China, Li Shi Feng pada aksi separuh akhir Terbuka Perancis malam ini.

Tze Yong sebelum itu mara ke peringkat separuh akhir selepas pemain Thailand,Kunlavut Vittidsarn menarik diri ekoran masalah kesihatan.

Berdasarkan rekod pertemuan,Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-18 dunia, tumpas kesemua empat perlawanan berdepan Shi Feng.

Sebelum itu,Shi Feng yang merupakan pemain pilihan kelapan kejohanan mara selepas menewaskan pemain Indonesia, Anthony Ginting straight set 21-15,21,13

Ini adalah kali kedua Tze Yong berjaya mara ke separuh akhir selepas muncul naib juara di Terbuka Artik, Finland, dua minggu lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD