fb fb fb fb fb

La Liga: Jaringan lewat Herrera bawa Girona ke puncak liga

Pemain Girona, Yangel Herrera meraikan gol kemenangan ketika aksi bertemu Celta Vigo/FOTO AFP

MADRID, 28 Oktober - Jaringan minit-minit akhir permainan oleh pemain tengah, Yangel Herrera berjaya meletakkan Girona di puncak La Liga selepas berjaya menewaskan Celta Vigo 1-0.

Pada pertemuan yang dilangsungkan pada Jumaat, kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain, namun buntu bagi mencari jaringan.

Ketika permainan seakan-akan berakhir dengan seri, Herrera menyumbat gol tunggal pada minit akhir permainan bagi memberi tiga mata penuh buat Girona.

Girona kini mendahului La Liga dengan 28 mata, tiga mata mengatasi Real Madrid di tangga kedua dengan 25 mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD