fb fb fb fb fb

Carlsen raih gelaran dunia catur rapid keenam di Qatar

Magnus Carlsen menjuarai Kejuaraan Catur Dunia Rapid dan Blitz FIDE 2025 di Qatar/ REUTERS

DOHA, 29 Disember - Magnus Carlsen menjuarai Kejuaraan Catur Dunia Rapid dan Blitz FIDE 2025 di Qatar pada Ahad, menambah gelaran rapid dunia keenam dalam kariernya.

Juara dunia catur dari Norway itu mengumpul 10.5 mata daripada 13 mata kemungkinan, menjadikan ia gelaran dunia ke-19 secara keseluruhan, mengatasi Rusia, Vladislav Artemiev, yang berakhir dengan satu mata di belakang.

2912 SKN CARLSEN CHESS TITLE2
Foto REUTERS

Carlsen, yang memegang gelaran juara dunia antara 2013 hingga 2023 mengalami hari kedua yang mencabar pada Sabtu apabila seri dengan Maxime Vachier-Lagrave dan tewas kepada Artemiev, sebelum meninggalkan venue sambil menolak kamera.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi reputasi Carlsen sebagai salah seorang pemain catur terhebat dalam sejarah, selain menunjukkan ketahanan dan kebolehannya kembali bangkit dari kekalahan. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN