fb fb fb fb fb

Liga Malaysia: TFC bakal lepaskan Ivan Mamut

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Hasrat penyokong Terengganu FC (TFC) untuk menyaksikan kelibat Ivan Mamut di tengah padang pada Liga Malaysia musim ini, mungkin harus dilupakan.

Ia setelah pengendalinya memberi bayangan untuk melepaskan pemain itu pada jendela perpindahan kedua nanti.

Ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner berkata beliau tidak dapat menunggu lebih lama untuk pemain berusia 26 tahun yang dibelenggu kecederaan berlarutan kembali beraksi.

Ia memandangkan tempoh liga masih panjang dan banyak perlawanan perlu diharungi.

Jelas Steinbruckner, perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan berhubung perkara berkenaan namun masih dalam pertimbangan.

Ketika ini, pemain itu dilaporkan tidak beraksi bersama pasukan sudah memasuki tempoh enam bulan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM