fb fb fb fb fb

Liga Malaysia: Risto janji kejayaan buat Melaka United



KUALA LUMPUR, 4 Februari- Ketua Jurulatih baharu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Risto Vidakovic berjanji untuk membawa pasukannya meraih kejayaan pada musim ini.

Jelas Risto, beliau teruja untuk memulakan latihan bersama pasukan baharunya.

Risto, yang tiba di Malaysia awal minggu ini sedang menjalani kuarantin dan dijangka memulakan latihan bersama skuad Sang Kancil Isnin depan.

Baru-baru ini Melaka United mengumumkan pelantikan Risto, yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Melaka United turut mengumumkan tiga lagi pemain import dalam pasukan tersebut iaitu pemain sayap dari Ghana, Emmmanuel Oti Essigba, pemain pertahanan dari Filipina, Mikel Justin Baas selain mendapatkan khidmat pemain penyerang dari Nigeria, Ifedayo Olusegun.

Dalam masa sama, Melaka United turut mempertaruhkan pemain berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha untuk memantapkan lagi kelab itu.

Dua lagi pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik turut menyertai skuad Hang Tuah secara pinjaman musim ini.

Media Baharu