PARIS, 29 November- Jaringan penalti bintang Perancis, Kylian Mbappe pada minit ke-98 membantu Paris Saint-Germain (PSG) mengikat Newcastle United seri 1-1.
Keputusan itu sekali gus menghidupkan peluang PSG untuk layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Newcastle pada mulanya mendahului perlawanan menerusi gol pembukaan Alexander Isak pada minit ke-25.
Namun, PSG dihadiahkan sepakan penalti untuk mendapat keputusan seri pada masa kecederaan.
Rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) memutuskan Tino Livramento dipersalahkan kerana memegang bola dalam kotak penalti.
Mbappe tidak melakukan kesilapan dan PSG kekal di tangga kedua kumpulan F di belakang Borussia Dortmund.
Dortmund menang 3-1 ke atas AC Milan di gelanggang lawan sekali gus mara ke pusingan 16 terakhir.
Juara Perancis itu kini perlu menang menentang Dortmund pada aksi terakhir peringkat kumpulan manakala Newcastle juga perlu menang di laman sendiri berdepan Milan dan mengharapkan PSG kalah.- AFP