fb fb fb fb fb

Harapan KDA FC layak ke Liga Juara-Juara Asia musim depan - Azraai Khor

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 29 November - Menjelang pertemuan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Selangor FC di Stadium Darulaman Sabtu ini; bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah mengharapkan skuad bimbingan Nafuzi Zain ‘misi wajib‘ menang ke atas pasukan Gergasi Merah Kuning untuk berpeluang ke slot Liga Juara-Juara AFC 2 tahun depan meskipun kini ketinggalan dua mata .

"Jadi dalam keadaan tersebut harapan saya secara peribadi sebagai mantan pemain Kedah dan jurulatih sangat-sangat mengharap musim depan kita dapat melayakkan ke AFC, jadi bagi saya semoga apa yang dirancang oleh jurulatih Nafuzi Zain itu menjadi pada hari tersebut, ini ditambah lagi bermain tempat kita sendiri," kata Mohd Azraai pada majlis Apresiasi Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Negeri Kedah, di sini.

Tambahnya kelebihan beraksi di laman sendiri sudah pasti memberi peluang dengan mengharapkan sokongan padu 25,000 penyokong Hijau Kuning berdasarkan momentum mereka membelasah Kelantan baru-baru ini.

Katanya lagi walaupun KDA FC mengamuk di Kota Bharu dengan  jaringan besar mereka namun harus peka prestasi Selangor semasa berdasarkan kenyataan bekas Jurulatih Kedah,Tan Cheng Hoe dengan mengharapkan mengecewakan KDA FC di Darulaman untuk layak ke AFC 2.

Azraai  juga mahukan KDA FC tiada pilihan meraih tiga mata penuh dua perlawanan terakhir Liga Super termasuk bertembung Sabah FC di Kota Kinabalu pada 17 Disember depan.

TETITIA YUSOFF