(Erling Haaland/AFP)
COPENHAGEN, 11 Oktober- Menjelang aksi Liga Juara Eropah awal pagi esok, Manchester City sekali lagi mengharapkan sentuhan berbisa penyerang utamanya, Erling Haaland untuk merobek gawang FC Copenhagen dalam aksi Kumpulan G, sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.
Haaland membuktikan kehebatannya sebagai antara penyerang terbaik dunia selepas cemerlang dalam penampilan sulungnya bersama City.
Bintang Norway itu telah meledak 15 gol, termasuk 3 hatrik dalam Liga Perdana England selain menyumbang 5 gol lagi dalam 12 penampilan kempen Eropah.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu sebelum ini menang 5-0 dalam pertemuan pusingan pertama minggu lalu dengan Haaland menjaringkan dua gol.
(Haaland(kiri),Algeria Riyad Mahrez(tengah)dan Phil Foden(kanan) menghadiri sesi latihan
pasukan di padang latihan Manchester City di Manchester pada 10 Oktober 2022, /AFP)