fb fb fb fb fb

Liga Juara Eropah: Hansi Flick kecewa dengan mutu pengadilan

Foto REUTERS

MILAN, 7 Mei-Pengurus Barcelona, Hansi Flick, menyifatkan beberapa keputusan pengadil yang berat sebelah menafikan impian pasukannya untuk mara ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.

Pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, skuad 'Catalan' bimbingannya terpaksa akur apabila tewas 4-3 kepada Inter Milan menjadikan kedudukan agregat 7-6.

Flick turut menyelar prestasi pengadil dari Poland, Szymon Marciniak, yang menurutnya banyak membuat keputusan yang merugikan Barcelona. Antara keputusan kontroversi itu termasuk pemberian sepakan penalti kepada Inter selepas semakan VAR terhadap terjahan Pau Cubarsi ke atas Lautaro Martinez.

Meskipun, pada awalnya pengadil tidak menganggap ia satu kesalahan. Selain, satu lagi keputusan penalti kepada Barcelona juga dibatalkan selepas semakan VAR menunjukkan kekasaran oleh Henrikh Mkhitaryan terhadap Lamine Yamal berlaku di luar kotak penalti.

Flick berkata beliau tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai mutu pengadilan, namun merasakan semua keputusan memihak kepada Inter.

Tambahnya,beliau kecewa tetapi bukan dengan pemainnya kerana mereka telah mencuba sedaya upaya.

Flick juga menegaskan bahawa pasukannya akan mencuba lagi tahun depan untuk menggembirakan para penyokong.

Flick juga berkata bahawa mereka akan belajar daripada kekalahan berkenaan dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran pasukan.

Barcelona kini mengalihkan tumpuan kepada saingan LaLiga dan bersiap sedia untuk menentang Real Madrid dalam pertembungan 'El Clasico' pada Ahad.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD