MUNICH, 9 November- Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit sebelum tamat permainan oleh Harry Kane memberikan kemenangan 2-1 ke atas Galatasaray pada Rabu.
Kemenangan itu sekali gus menjamin tempat buat wakil Jerman itu beraksi dalam 16 terbaik.
Pada perlawanan berkenaan, Ketua pasukan England itu yang sebelum ini merekodkan jaringan hatrik ketika berdepan Borussia Dortmund dalam saingan Bundesliga Sabtu lalu menanduk masuk gol pembukaan menerusi sepakan percuma yang diambil oleh Joshua Kimmich pada minit ke-80 sebelum meledak sekali lagi pada minit ke-86 bagi gol kemenangan.
Kane yang mencatatkan rekod perpindahan Bundesliga ketika berpindah ke Bayern Munich dengan harga 100 juta Euro atau £107.06 juta Pound kini telah menjaringkan empat gol di Liga Juara, selain 15 gol dalam 10 penampilan di Bundesliga.
Kane turut menjadi pemain Inggeris ketiga yang berjaya menjaringkan 25 gol dalam keseluruhan perlawanan.
"Ini merupakan perlawanan yang sukar.
"kami berjaya mengawal permainan dengan baik dan kami tahu kami harus mengekalkan momentum sehingga tamat permainan", kata Kane yang turut dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan.
Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat, Galatasaray berjaya menjaringkan gol tunggal menerusi Cedric Bakambu pada minit akhir permainan.
Kejayaan menewaskan Galatasaray menjadikan Bayern Munich mengungguli takhta kumpulan A dengan 12 mata, manakala FC Copenhagen di tangga kedua dengan empat mata hasil kemenangan dramatik ke atas Manchester United, 4-3.-REUTERS