SEREMBAN, 9 November -Pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold melakar rekod tersendiri apabila menjadi pemain tunggal negara yang mara ke final Kejohanan Skuasy Piala Malaysia Ace di Seremban 2, Negeri Sembilan, hari ini.
Rachel yang menghuni ranking ke-39 dunia mengambil masa kurang satu jam bagi menewaskan pemain Mesir, Malak Khafagy, 8-11,11-7, 11-4, 6-11, 11-4 pada aksi separuh akhir.
Pada aksi final esok, Rachel bakal bertemu dengan pemain Mesir, Nour El Tayeb yang menewaskan seorang lagi wakil negara, S. Sivasangari pada satu lagi aksi separuh akhir.
Manakala dalam acara perseorangan lelaki, pemain harapan negara, Eain Yow Ng gagal ke final selepas ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Mesir, Karim Abdel Gawad .
Eain Yow Ng tumpas 8-11, 10-12, 5-11.