fb fb fb fb fb

Liga Juara: Benteng pertahanan 'Galaticos' perlu kukuh hadapi Braga - Ancelotti

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti/FOTO AFP

MADRID, 24 Oktober- Pasukan Real Madrid perlu memperkukuh benteng pertahanan disamping berwaspada dengan corak menyerang lawannya, Braga menjelang pertemuan dengan kelab dari Portugal pada perlawanan Liga Juara pada Rabu.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata anak-anak buahnya wajar menghormati pasukan berkenaan susulan prestasi cemerlang yang ditunjukkan Braga ketika menang 3-2 ke atas Berlin Union pada 4 Oktober lalu.

"Kami bermain menentang sebuah pasukan (Braga) yang menampilkan permainan menyerang.

"Jadi penting bagi kami mengukuhkan benteng pertahanan, kerana peluang kami adalah pada kualiti individu yang dimiliki pasukan", kata Ancelotti kepada wartawan.

Pengurus berasal dari Itali itu turut ditanya berkaitan prestasi Real Madrid yang lebih baik pada saingan Liga Juara, Ancelotti menyifatkan kejohanan Liga Juara mempunyai sejarah dan tarikan tersendiri kepada kelab berkenaan.

"Bagi Real Madrid, Liga Juara merupakan kejohanan 'istimewa' yang sentiasa menjadi keutamaan.

"Para pemain dan kelab memberi tumpuan kepada kejohanan ini", kata Ancelotti.

Untuk rekod, Real Madrid telah menjuarai Liga Juara sebanyak lima kali dalam tempoh 10 tahun.

Ketika ini, Real Madrid menduduki tangga pertama kumpulan C dengan enam mata hasil dua kemenangan. Manakala, Braga menduduki tangga ketiga dengan tiga mata.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD