HANGZHOU, 24 Oktober - Eddy Bernard berjaya memenangi pingat Perak dalam acara 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini.
Dalam saingan itu beliau berjaya mencatatkan masa 11.86 saat (s), ketinggalan 0.26s di belakang pemenang pingat emas, Nuwan Indika Gamage dari Sri Langka.
Pingat gangsa menjadi milik atlet Arab Saudi, Nour Mohammed S Asana dengan catatan 12.07s.
Eddy menyumbang pingat kedua untuk kem olahraga negara selepas pingat gangsa oleh atlet lontar peluru wanita, Noor Imanina Idris, semalam.
Kejayaan Eddy, 22, itu sekali gus mengubat kekecewaannya pada penampilan edisi 2018 Jakarta-Palembang apabila beliau tidak berjaya melangkah ke saingan akhir.