fb fb fb fb fb

APG 2022: Latif Romly ceriakan kontinjen negara sumbang emas keempat

Datuk Abdul Latif Romly ketika beraksi dalam acara lompat jauh lelaki T20 pada ukan Para Asia Hangzhou 2022

HANGZHOU, 24 Oktober- Jaguh lompat jauh negara Datuk Abdul Latif Romly menghadiahkan emas keempat buat kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, sekali gus melengkapkan koleksi kilauan pingat ketiga berturut-turutnya di temasya itu, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Huanglong, Abdul Latif melakukan lompatan terbaiknya pada percubaan keempat dengan 7.18 meter (m), selepas melakukan 7.08m pada percubaan pertama bagi acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan fizikal).

Mengiringi kejayaan podium, rakan senegara Zulkifly Abdullah yang meraih gangsa dengan lompatan terbaiknya 6.48m, dilakukan pada percubaan keempat selepas melakukan 5.91m pada percubaan ketiga.

Sementara itu, pingat perak diraih wakil Arab Saudi Hassan Nasser Dawshi, yang melakukan lompatan 6.80m pada percubaan keduanya.

Sementara itu, terdahulu jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkefli menghadiahkan emas ketiga kontinjen negara, selepas muncul juara acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual).

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE