fb fb fb fb fb

Liga Futsal Malaysia: Selangor MAC terima bas tajaan

SHAH ALAM, 28 Januari - Felex Logistics berkolaborasi dengan Cosmic Express bagi menyediakan bas untuk kegunaan pasukan futsal, Selangor MAC ke gelanggang latihan dan perlawanan.

Pengarah Urusan Felex Logistics, Azrin Abdul Malek berkata usaha itu diharap menjadi pencetus inspirasi dalam memartabatkan sukan futsal di Selangor dan seluruh negara.

Selangor MAC menyasarkan untuk muncul juara dalam saingan Liga Futsal Premier Malaysia 2021-2022.

Esok, Selangor MAC bakal berdepan Kedah di Stadium Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam.

Media Baharu