fb fb fb fb fb

Liga Europa: Liverpool lebarkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan E

Pemain Liverpool, Mohamed Salah meraikan gol kelima ketika menentang Toulouse/FOTO AFP

PARIS, 27 Oktober- Liverpool meneruskan kecemerlangan apabila berpesta gol ke atas Toulouse 5-1 pada perlawanan yang dilangsungkan di Anfield.

Pada perlawanan berkenaan, penyerang Diogo Jota membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-9 hasil larian solo yang menewaskan empat pertahanan Toulouse sebelum menolak masuk bola ke gawang Toulouse.

Tersentak dengan jaringan itu, Toulouse menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi Thijs Dallinga.

Pemain tengah antarabangsa Jepun Wataru Endo menambah gol kedua Liverpool menerusi tandukan pada minit ke-30 sebelum Darwin Nunuez menambah derita Toulouse dengan jaringan ketiga pada minit ke-34.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 3-1.

Bersambung babak kedua, Liverpool semakin bernafsu bagi menambah jaringan dan berhasil menjaringkan gol keempat menerusi Ryan Gravenberch pada minit ke-65 sebelum Mohamed Salah menjaringkan gol kelima pada masa kecederaaan bagi menjadikan keputusan akhir perlawanan 5-1.

Keputusan meletakkan Liverpool sebagai pendahulu kumpulan E Liga Europa dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD