fb fb fb fb fb

Legenda QPR dan England, Stan Bowles meninggal dunia

Bekas pemain QPR dan England, Stan Bowles / Foto Reuters

LONDON, 25 Februari - Bekas penyerang Queen Park Rangers (QPR) dan England, Stan Bowles meninggal dunia pada usia 75 tahun menurut anak perempuannya dan kelab QPR pada Sabtu.

Bowles yang sebelum ini bertarung dengan penyakit Alzheimer sejak 2015 beraksi sebanyak 315 perlawanan buat QPR serta menjaringkan 97 gol.

Selain itu, Bowles turut mendapat membuat sebanyak lima kali penampilan buat skuad kebangsaan England.

"Sangat sedih untuk mengumumkan di sini, bahawa ayah telah pergi buat selama-lamanya.

"Dia dikelilingi oleh semua ahli keluarga dan pergi dalam keadaan tenang", tulis anak perempuannya, Tracy Bowles di Facebook.

Bowles memulakan profesional kariernya di Manchester City, sebelum bermain di QPR Nottingham Forest dan Brentford.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD