MANCHESTER, 10 Jun- Bekas pemain pertahanan Scotland dan Liverpool, Alan Hansen dilaporkan sedang sakit tenat di hospital.
Kelab Liga Perdana itu menerusi satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, selepas bersara daripada kerjaya penuih gemilang pada tahun 1991, pemain berusia 68 tahun itu kemudian menjadi 'pundit' dan popular menerusi program Match of the Day di saluran BBC.
"Ingatan dan sokongan semua orang di Liverpool FC adalah dengan bekas kapten legenda kami, Alan Hansen, yang kini sakit tenat di hospital," kata kenyataan Liverpool.
"Kelab kini sedang berhubung dengan keluarga Hansen untuk memberikan sokongan kami pada masa yang sukar ini, dan ingatan, hasrat dan harapan kami bersama Hansen dan semua keluarganya."
Hansen menyertai Liverpool dari Partick Thistle pada 1977 dan memenangi tiga Piala Eropah, lapan kejuaraan liga, dua Piala FA dan tiga Piala Liga dalam 620 penampilan untuk pasukannya di Anfield.
Dikenali sebagai seorang pemain pertahanan tengah yang elegan, Hansen memenangi 26 caps untuk negaranya dan merupakan ahli pasukan Piala Dunia 1982 Scotland.
Penyampai Match of the Day dan bekas penyerang England Gary Lineker menulis di X: "Berita sedih, Ingatan kami bersama Alan, Janet dan semua keluarga."-AFP