fb fb fb fb fb

Lee Zii Jia ketuai senarai pemain negara ke BAC 2022



KUALA LUMPUR, 29 Januari- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan senarai pemain untuk mewakili negara ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor dari 15 hingga 20 Februari ini.

Lee Zii Jia disenaraikan sebagai perseorangan pertama dan diikuti; Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan Jacky Kok Jing Hong.

Sementara pemain-pemain tersenarai dalam acara beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Pasukan wanita pula terdiri daripada Eoon Qi Xuan, S Kisona, Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman, Myisha Mohd Khairul diikuti gandingan beregu Pearly Tan-M Thinaah, Teoh Mei Xing-Anna Cheong, Valeree Siow-Low Yeen Yuan dan Go Pei Kee .

Media Baharu