fb fb fb fb fb

Ledecky kembali gah, catat masa terpantas di siri TYR Pro

Foto Reuters

FORT LAUDERDALE, 1 Mei – Pemenang Olimpik sembilan kali, Katie Ledecky tampil cemerlang selepas berehat panjang dengan mencatat masa terpantas dalam acara 1,500 meter gaya bebas di Siri TYR Pro, Florida.

Bintang berusia 28 tahun itu mencatat 15 minit 24.51 saat, hanya kira-kira empat saat di belakang rekod dunianya sendiri yang dicatat pada 2018, dan jauh meninggalkan pencabar terdekat, Jillian Cox.

Ledecky kini menguasai 22 catatan terpantas dalam sejarah acara tersebut dan tidak pernah tewas sejak tahun 2010 ketika berusia 13 tahun.

Beliau menyasarkan untuk terus beraksi hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028, menyifatkan peluang beraksi di laman sendiri sebagai satu pengalaman luar biasa yang ingin direalisasikan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI