FLORIDA, 4 Mei – Pemenang pingat emas Olimpik tujuh kali, Katie Ledecky berjaya memecah rekod dunianya sendiri dalam acara 800m gaya bebas dengan catatan 8 minit 4.12 saat.
Sekaligus memperbaharui rekod lamanya di Sukan Olimpik Rio 2016.
Prestasi cemerlang ini membuktikan statusnya sebagai legenda menjelang kejohanan dunia di Singapura pada Julai nanti.
Gretchen Walsh turut mencipta sejarah apabila memecah rekod dunia acara 100m kuak kupu-kupu dua kali dalam satu hari – 55.09 saat pada pusingan awal dan 54.60 saat di final.
Ini menjadikannya wanita pertama menamatkan acara itu bawah 55 saat.
Sementara itu, Leon Marchand dari Perancis gagal meraih kemenangan dalam penampilan semula selepas empat bulan, sekadar menamatkan beberapa acara di tempat kedua dan ketiga.