fb fb fb fb fb

Ranking WBM dijangka meningkat

Rohaida Hasan, Ketua delegasi WBM

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Skuad besbol wanita kebangsaan (WBM) mencatat pencapaian bersejarah apabila menamatkan saingan di tempat keenam pada Kejohanan Pra Piala Asia 2025 di Bangkok, Thailand.

Ini pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan di kejohanan anjuran Persekutuan Besbol Asia (BFA).

Pasukan yang kini menduduki ranking ke-21 dunia itu meraih dua kemenangan penting ke atas Kemboja dan Iran, sekali gus melonjakkan keyakinan menjelang kejohanan akan datang.

Ketua Delegasi WBM, Rohaida Hasan, yakin kejayaan di Bangkok akan membantu meningkatkan kedudukan ranking dunia pasukan, meskipun mereka tewas kepada Sri Lanka dalam perlawanan penentuan.

Beliau turut memuji prestasi memberangsangkan para pemain, termasuk kehadiran beberapa muka baharu seperti Nur Shahira Mohd Said dan Nur Ayu Kellyna Mohammad Sharif yang memberi impak besar kepada pasukan.

“Kejayaan ini membuktikan kemajuan pesat pasukan dalam tempoh singkat dan memberi harapan cerah untuk masa depan skuad wanita kebangsaan,” katanya.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI