fb fb fb fb fb

Latihan pusat skuad B-23; sembilan lagi pemain melapor diri

KELANA JAYA, 26 April - Seramai sembilan lagi pemain melaporkan diri pada kem latihan pusat pasukan bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, menjelang temasya dwi tahunan Sukan SEA Hanoi.

Menurut hantaran Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam tadi, sesi latihan hari ketujuh di Wisma FAM, Kelana Jaya menyaksikan seramai 14 pemain menjalani sesi latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney.

(Sesi latihan hari ketujuh di Wisma FAM, Kelana Jaya menyaksikan seramai 14 pemain menjalani sesi latihan)

Sembilan pemain itu adalah Firdaus Irman Fadhil, V. Ruventhiran, A. Shivan Pillay, Aiman Afif Afizul, Ahmad Aysar Hadi Shapri, Daryl Sham, Umar Hakeem Suhar Rezwan, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

Mereka menyertai lima pemain lain iaitu Shafi Azswad Sapari, Haqimi Azim Rosli, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Fahmi Daniel Zaaim dan Faiz Amer Runnizar yang telah melapor diri sejak 19 April lepas.

Selain sebagai persiapan menghadapi saingan di Hanoi, kem latihan pusat itu juga medan persediaan sebelum bertanding pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan bermula 1 hingga 19 Jun ini.

Media Baharu