fb fb fb fb fb

Labuan tuan rumah kejohanan Pingpong MAKSAK

Foto RTM

LABUAN, 10 Februari - Labuan dipilih menjadi tuan rumah Kejohanan yang akan berlangsung pada 13 hingga 19 Februari ini, bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Seramai 230 atlet dan pengurus pasukan akan menyertai Kejohanan Sukan Ping Pong Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, MAKSAK Labuan dengan 18 ahli gabungan kelab di labuan akan bekerjasama dalam penganjuran tersebut.

Katanya, sebanyak 15 pasukan MAKSAK negeri akan menyertai kejohanan itu termasuk kontinjen Labuan yang diketuai oleh Mohd Azrien Suyadi dengan kekuatan seramai 13 atlet dan pegawai.

Tambah beliau, MAKSAK Labuan turut mengadakan pelbagai program seperti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Rusukan.

MAKSAK Malaysia juga akan mengadakan dua mesyuarat iaitu mesyuarat jawatankuasa kerja Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang turut dihadiri 27 Yang Dipertua setiap negeri pada 16 Februari, serta Mesyuarat Setiausaha Kehormat pada 15 Februari.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD