fb fb fb fb fb

Labuan International 4x4 Challenge tarik penyertaan serantau

Pelepasan konvoi Labuan International 4x4 Challenge di Medan Selera Labuan / RTM

LABUAN, 14 Februari- Labuan International Super Novice Four by Four (4x4) Challenge 2025 memulakan aksinya hari ini.

Penganjuran julung kali itu diadakan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di pulau itu.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek menyifatkan penganjurannya beri kesan positif kepada komuniti tempatan dengan peningkatan aktiviti sukan dan pelancongan.

"Impak yang akan pastinya ekonomi peniaga-peniaga kecil, dan juga hotel-hotel dan akhir ekopelancongan itu sendiri, akan menjadi satu produk tambahan.

"Inilah yang diusahakan oleh Menteri JWP, Perbadanan Labuan sendiri untuk kita mengembangkan lagi segala bentuk terutamanya industri pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyempurnakan pelepasan konvoi Labuan International 4x4 Challenge bertempat di Medan Selera Labuan.

Cabaran sukan lasak pacuan empat roda itu berlangsung selama tiga hari bertempat di Trek Lasak 4x4 Kiansam yang disediakan Perbadanan Labuan. 

"Kami menyahut saranan Perbadanan Labuan untuk mempromosikan Labuan jadi kami buat untuk acara Hari Wilayah, cuma di Labuan ini saja satu-satunya yang bagi tanah Perbadanan untuk kita anjurkan, tanah itu cukup sesuai, keadaan muka buminya juga cukup sesuai," jelas Pengerusi Kelab Pacuan Empat Roda Labuan, Bahari Zainal.

Penganjuran menerima sambutan memberangsangkan, namun diterhadkan kepada 40 kenderaan membabitkan pasukan dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE