LANGKAWI, 12 Februari- Lebih 250 peserta menyertai Kejohanan Ke-21 LADA Langkawi International Regatta Perdana 2025 yang akan bermula esok sehingga 16 Februari ini.
Menurut Pengarah Regatta, Mohd Afendy Abdullah kejohanan kali ini menyaksikan ramai perseta bertaraf dunia menyertainya dan ia merupakan kejohanan perahu layar terbesar di Asia Tenggara serta mendapat pengiktirafan Persekutuan Kapal Layar Antarabangsa atau International Sailing Federation ISAF kelas-2.
Sebanyak 14 buah negara mengambil bahagian pada kejohanan kali ini dengan kontijen China paling ramai menghantar peserta bertaraf dunia.
Selain itu, ia juga disertai oleh negara Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu serta India.
Pelayar lelaki Olimpik negara, Khairulnizam Mohd Afendy turut dijangka menyertai kejohanan kali ini dalam kategori ILCA-7.
Kejohanan kali ini menyaksikan 10 kategori yang dipertandingkan antaranya Optimist, Laser Standard, Laser Radial, Laser 4.7, Int 420, Int 470, RS: One dan RS-X.
Kejohanan edisi ke-21 itu yang dianjurkan bersama Persatuan Perahu Layar Kedah, Kementerian Belia dan Sukan serta Lembaga Pembangunan Langkawi LADA.