fb fb fb fb fb

La Liga: Real Madrid bermula positif tapi cemas

(Pemain tengah Real Madrid dari Croatia, Luka Modric terjatuh semasa perlawanan
bola sepak liga Sepanyol antara Almeria dan Real Madrid/AFP)

MADRID, 15 Ogos- Real Madrid bangkit daripada ketingaalan untuk menewaskan Almeria 2-1 pada aksi pembukaan La Liga pada Ahad.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti ketinggalan dengan gol awal minit keenam oleh tuan rumah menerusi Largie Ramazani ketika membuat kujungan ke Stadium Power Horse.

Namun, selepas sejam perlawanan berlangsung Lucas Vazquez berjaya menyamakan kedudukan.

Ketika berbaki 15 minit di Stadium Power Horse, Almeria, David Alaba melangkah masuk ke padang sebagai pemain gantian, dan tidak menunggu lama untuk mengahasilkan gol dengan menyempurnakan sepakan percuma menakjubkan dari luar kotak penalti selepas Luka Modric dikasari menjadikan kedudukan 2-1.

Meskipun menang, sepanjang perlawanan Real dipaksa bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata menentang pasukan Almeria yang memenangi kejuaraan divisyen dua musim lalu untuk kembali ke La Liga selepas tujuh tahun.

“Kami mempunyai banyak rembatan ke gawang tetapi apabila kami mendapat gol pertama, ia menjadikan perkara lebih mudah untuk kami,” kata Ancelotti.

"Saya gembira dengan cara permainan berlangsung. Kami tidak hebat tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira, seperti perlawanan pada hari Rabu dan panasnya."

Pada satu ketika ia kelihatan seperti Madrid mungkin mengalami kekalahan dalam perlawanan pembukaan liga musim ini buat kali pertama sejak 2008, dengan keputusan Ancelotti untuk menggilirkan skuadnya pada mulanya tidak membuahkan hasil.

Pengendali dari Itali itu telah membuat lima perubahan pada barisan pemain yang bermula dalam kemenangan 2-0 Rabu ke atas Eintracht Frankfurt dalam Piala Super UEFA di Helsinki, apabila jaringan Alaba dan Karim Benzema memberikan juara bertahan Eropah itu trofi pertama kempen tersebut.

Alaba dan Modric adalah antara pemain yang disenaraikan ke bangku simpanan, manakala pemain akhir musim Antonio Rudiger dan Aurelien Tchouameni diberikan permulaan kompetitif pertama untuk kelab baharu mereka. -AFP


(Pemain pertahanan Real Madrid dari Austria, David Alaba (Kiri) meraikan gol kedua pasukannya
semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol antara Almeria dan Real Madrid/AFP)

Media Baharu