fb fb fb fb fb

Langkawi JCM siri ke-3, Muhammad Faheem muncul juara

LANGKAWI, 15 Ogos- Setelah tiga hari berlangsung di sekitar pulau Langkawi Junior Cyciling Malaysia (JCM) Siri ke-3 melabuhkan tirainya semalam.

Pasukan Terangganu dinobatkan selaku pasukan terbaik.

Tempat ke-2 diungguli oleh Malaysia Junior DMZ dantempat ketiga diraih pasukan dari Selangor.


(Muhammad Faheem Razem M.Zaini)

Bagi pelumba Malaysia Junior DMZ, Muhammad Faheem Razem M.Zaini 18 tahun yang dinobatkan selaku Juara Keseluruhan bagi Siri ke-3, melahirkan rasa syukur kerana boleh mengekalkan momentum kemenangan buat pasukannya.

"Untuk stage JCM kali ini saya dibantu oleh rakan-rakan saya dia orang banyak bantu saya waktu berlumba dan selepas berlumba bagi saya semangat memandangkan stage 1 saya di nombor ke-11 pada stage ke-2 nobor 1 dan terus pegang overall winner, saya dapat kekalkan jersi kuning atas bantuan rakan-rakan saya," katanya

Manakala bagi pelumba pasukan Terengganu, Muhammad Iqbal Daniel Mohd Nawawi 18 tahun, pula usaha keras beliau selama ini berhasil.

Walaupun berjaya merebut dua jaket Raja Pecut dan RajaBukit, beliau sedikit terkilan kerana gagal meraih juara keseluruhan.

"Untuk mengekalkan 3 helai jersi itu sangat macam terlepas satu helai jersi kuning tetapi untuk mengekalkan jersi com dan jersis print untuk hari ini dan peringat seterusnya, saya akan membuat terbaik untuk ketiga-tiga helai jersi," katanya

Pada kejohanan kali ini seramai 67 orang atlet yang mewakili 11 pasukan masing-masing bersaing untuk 3 jersi yang dipertandingkan, iaitu Jersi Kuning selaku Juara Keseluruhan, Jersi Merah untuk Raja Bukit dan Jersi Hijau untuk RajaPecut. 

JCM Siri-3 2022 bermula pada 12 Ogos dan berakhir semalam 14 Ogos 2022.

Media Baharu