fb fb fb fb fb

La Liga: Rayo Vallecano jinakkan Espanyol 2-0

(FOTO AFP)

MADRID, 20 Ogos- Rayo Vallecano berjaya mencuri peluang menewaskan Espanyol 2-0 selepas kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan baki 10 pemain.

Layangan kad merah pertama diterima pertahanan Rayo, Florian Lejeune pada minit ke-15 disusuli pemain Espanyol, Sergi Gomez pada minit seterusnya, masing-masing atas kesalahan kekasaran.

Rayo Vallecano memecah kebuntuan pasukan dengan jaringan 'set-piece' menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Isi Palazon pada minit ke-40.

Kemudian, jaringan kedua disumbang pemain Senegal, Pathe Ciss menerusi hantaran pendek Alvaro Garcia pada minit ke-59.

Meski sudah mendominasi permainan, pengendali Rayo, Andoni Iraola membawa masuk khidmat pemain senior, Radamel Falcao bagi menguatkan jentera serangan namun terperangkap dua kali dalam kedudukan ofsaid.

Cubaan Espanyol untuk bangkit nyata tidak menyebelahi Javi Puado apabila tandukannya hanya singgah di tiang gol pada babak akhir permainan.

Rayo yang kini selesa di kedudukan teratas La Liga mengekalkan momentum cemerlang untuk terus merebut gelaran juara La Liga bagi musim ini.

Rayo Vallecano akan menerima kunjungan pasukan Mallorca pada Ahad, 28 Ogos manakala Espanyol akan berdepan bekas juara, Real Madrid bagi perlawanan ketiga, pusingan ke-38 La Liga.-AFP


(Pemain Rayo Vallecano, Isi Palazon membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma/AFP)

Media Baharu