fb fb fb fb fb

La Liga: Mbappe jadi wira pastikan permulaan sempurna Real Madrid

Aksi bintang Perancis, Kaylian Mbappe pada perlawanan menentang Real Sociedad / Foto AFP

SAN SEBASTIAN, 14 September -  Bintang Perancis, Kylian Mbappe mempamerkan aksi cemerlang dengan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Real Madrid menewaskan Real Sociedad 2-1 dalam aksi La Liga, Sabtu, biarpun terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama hampir sejam.

Mbappe membuka tirai jaringan pada minit ke-12 sebelum Arda Guler menggandakan kelebihan hasil lorongan penyerang Perancis itu.

Sociedad merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Mikel Oyarzabal selepas rehat, namun Madrid kekal bertahan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Los Blancos kini mengungguli carta La Liga dengan 12 mata maksimum daripada empat perlawanan, tiga mata di depan Athletic Bilbao yang tewas 1-0 kepada Alaves.

Pertemuan itu turut menyaksikan pemain pertahanan Dean Huijsen diarah keluar padang selepas menarik Oyarzabal yang dalam larian ke arah gol. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD