fb fb fb fb fb

La Liga: Lewandowski catat hatrik menentang Valencia

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski catat hatrik menentang Valencia pada saingan La Liga / Foto Reuters

BARCELONA, 30 April - Jaringan hatrik penyerang Barcelona, Robert Lewandowski pada separuh masa kedua berjaya membantu kelab Catalan tersebut menang bergaya 4-2 ketika menentang Valencia pada Isnin.

Kemenangan itu membolehkan Barcelona juara liga musim lalu menafikan hasrat pendahulu, Real Madrid yang mudah menewaskan Cardiz untuk bergelar juara liga lebih awal.

Pada perlawanan tersebut, Barcelona berjaya mendahului perlawanan menerusi Fermin Lopez pada minit ke-22.

Kedudukan 1-0 itu tidak bertahan lama apabila Valencia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi penyerangnya, Hugo Duro pada minit ke-27.

Valencia kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 menerusi Pepelu yang berjaya menyudahkan sepakan penalti.

Malang menimpa Valencia apabila penjaga golnya, Giorgi Mamardashvili dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas bola terkena tangannya di luar kotak penalti. Keadaan itu menyebabkan Valencia terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit-minit akhir permainan.

Bersambung babak kedua, Lewandowski berjaya menyumbat dua lagi gol pada minit ke-82 dan 90 bagi membolehkan Barcelona mengumpul 73 mata di tangga kedua liga dengan perbezaan 11 mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid.

Valencia pula kekal di tangga kelapan liga dengan 47 mata.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD