fb fb fb fb fb

Kejuaraan Inggeris: Leicester City juara

Pnyerang Leicester City menjaringkan dua gol pada pertemuan dengan Preston North End / Foto Reuters

UNITED KINGDOM, 30 April - Penyerang veteran, Jamie Vardy menjaringkan dua gol buat 'The Foxes' ketika menewaskan Preston 3-0.

Kemenangan itu membolehkan Leicester City dinobatkan sebagai juara selepas pesainganya, Leeds tewas 4-0 kepada QPR, Jumaat lalu.

Vardy menjadi wira buat kelab tersebut selepas dua jaringannya membolehkannya mengumpul 20 gol sepanjang musim ini.

Pada perlawanan berkenaan, Vardy berjaya membuka jaringan pada minit ke-36 bagi membolehkan Leicester City mendahului Prseton 1-0.

Vardy sekali lagi membuktikan sentuhan berbisanya dengan jaringan gol kedua pada minit ke-52 sebelum Kasey McAteer menjaringkan gol ketiga pada minit ke-67.

Leicester City yang berbelanja besar bagi menguatkan pasukan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu terdesak untuk kembali EPL selepas mengalami kerugian besar.

Kelab tersebut telah didakwa Mac lalu oleh EPL selepas terdapat penyelewengan keuntungan ketika berada di EPL selama tiga tahun.

Sekiranya terbukti bersalah, Leicester City boleh dikenakan pemotongan mata.

Hanya dua pasukan daripada kejuaraan Inggeris akan layak ke EPL musim depan secara automatik, manakala pasukan yang berada di tangga ketiga dan keenam akan bermain di Playoff bagi menentukan pasukan ketiga yang layak.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD