MADRID, 9 Januari-Jaringan tunggal Ousmane Dembele membolehkan Barcelona meraih tiga mata penuh dan kekal sebagai pendahulu liga ketika menentang Atletico Madrid.
Pengurus pasukan Barcelona, Xavi menyenaraikan Ansu Fati dalam kesebelasan utama menggantikan Robert Lewandoski yang tidak dapat bermain akibat penggantungan.
Ousman Dembele memecahkan kebuntuan dengan gol pada minit ke-22 melalui satu gerakan menarik.
Atletico menggandakan asakan melalui gandingan Ronald Arujo dan Antoine Griezmann, namun pasukan kendalian Diego Simone gagal mecari gol penyamaan.
Kedua-dua pasukan bermain dengan 10 orang selepas Ferran Torres dan Stefan Savic diarah keluar padang selepas bergaduh.
Kekalahan itu menyebabkan Atletico berada di kedudukan kelima, 14 mata dibelakang Barcelona.
"Kami gembira dengan keputusan ini. Tewasnya Real Madrid bermakna peluang buat kami menjarakkan kedudukan", ujar pemain tengah Barcelona Sergio Busquets kepada DAZN.
Barcelona kini mendahului kedudukan sebagai pendahulu dengan 41 mata, diikuti juara bertahan Real Madrid, 38 mata.
Kali terakhir Barcelona memenangi kejuaraan La Liga adalah pada tahun 2018.
(Pemain Barcelona meraikan gol jaringan Ousmane Dembele ketika menentang
Atletico Madrid/FOTO AFP)