fb fb fb fb fb

La Liga :Barcelona huni tangga kedua

Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski membuat percubaan ke arah pintu gol Atletico Madrid pada perlawanan yang berkesudahan 3-0/ Foto Reuters

MADRID, 18 Mac - Barcelona mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga apabila menang ke atas Atletico Madrid 3-0.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Barcelona di tangga kedua di belakang pendahulu liga, Real Madrid.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di gelangang lawan, Barcelona berjaya membuka gol pertama menerusi Jao Felix pada minit ke-38 hasil hantaran satu dua bersama Lewandoswki.

Lewandoswki sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Atletico Madrid apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-47 bagi menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Barcelona terus mengukuhkan kedudukan pada minit ke-65 menerusi Fermin Lopez yang menanduk masuk hantaran lintang Lewandowski bagi menjadikan kedudukan 3-0 sehingga tamat permainan.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD