fb fb fb fb fb

KUFC siap sedia dalam Liga Malaysia 2023

KOTA BHARU, 12 Februari - Persiapan Kelantan United FC (KUFC) berjalan lancar apabila sudah melengkapkan senarai penuh pemain bagi bersaing dalam Liga Malaysia 2023.

Ia termasuk penjenamaan semula kelab itu dengan melacarkan logo baru awal januari lalu sempena lima tahun KUFC dalam Liga Malaysia.


(Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abd Aziz)

Ketua Pegawai Operasi KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abd Aziz berkata, hampir 90 peratus muka baru akan beraksi bersama KUFC dengan gabungan pemain otai dan pemain muda bagi bersaing di liga super 2023.

Katanya, pihaknya sudah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Kota Bharu dan Lembah Klang bagi mencari keserasian dan persiapan pasukan menjelang liga super musim ini.

"Kita cuba bersaing dengan pasukan yang sedia ada di liga super termasuk dengan perubahan logo, perubahan kita memperkenalkan keahlian baru 'membership' membuat barangan 'merchandise' sendiri jenama Kelantan United sendiri milik Kelantan United sendiri," katanya ketika ditemubual dalam Segmen Cerita Pagi, Selamat Pagi Malaysia di Kota Bharu.

Tambah beliau, pihaknya mensasarkan kedudukan 10 terbaik Liga Super musim ini dan tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan 90 peratus muka baharu.

Katanya ketika ini jurulatih KUFC,Tomas Trucha sedang mencari keserasian pemain dan tektikal yang sesuai dengan pemain sedia ada.

Untuk perlawanan pembukaan liga super 2023, KUFC akan berkunjung ke stadium MBPJ, Selangor bagi menentang Selangor FC pada 26 Februari ini.

Media Baharu