fb fb fb fb fb

Kuartet pecut 4x100 meter Britain diarah pulang pingat perak

LONDON, 16 April- Kuartet pecut 4x100 meter Britain diarah untuk menyerahkan kembali pingat perak yang dimenangi di Olimpik Tokyo 2020.

Ini selepas salah seorang pelarinya melanggar peraturan doping.

Menurut Persatuan Olimpik Britain (BOA) pada Khamis berkata, Chijindu Ujah didapati positif menggunakan bahan terlarang.

Ujah dan rakan sepasukan Zharnel Hughes, Richard Kilty dan Nethaneel Mitchell-Blake menduduki tempat kedua di belakang Itali pada temasya berkenaan Ogos tahun lalu.

Namun pingat perak mereka dilucutkan selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membuat keputusan.

(Chijindu Ujah (tengah) didapati positif menggunakan bahan terlarang. / AFP)

Sehubungan itu Kanada kini akan diberikan pingat perak manakala China meraih gangsa.

BOA dalam satu kenyataan turut meluahkan rasa kesal terhadap tiga lagi pelari kuartet itu yang terpaksa menerima hukuman.

Bagaimanapun jelasnya, mereka perlu mematuhi keputusan CAS.

Ujah sebelum ini mendakwa dia tidak sengaja mengambil bahan terlang kerana tidak mengetahui isi kandungan makanan kesihatan tambahan yang diambil. -AFP

Media Baharu