KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memutuskan untuk mengurangkan hukuman terhadap pasukan Putrajaya dan Negeri Sembilan yang sebelum ini dikenakan tindakan kerana menarik diri daripada menyertai Kejohanan Piala Agong.
Presiden KRM, Amir Amri Mohammad, berkata selepas meneliti rayuan daripada kedua-dua pasukan, KRM bersetuju memberikan pilihan sama ada untuk membayar denda RM10,000 atau dikenakan penggantungan selama setahun daripada kejohanan tersebut.
“Memang syarat asalnya ialah denda RM10,000 dan penggantungan setahun. Tetapi selepas mereka memohon rayuan, kita telah menetapkan salah satu — sama ada bayar denda RM10,000 atau digantung setahun daripada menyertai Piala Agong,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Tahunan KRM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia.
Sebelum Ini, KRM mengenakan tindakan tersebut susulan penarikan diri kedua-dua pasukan selepas mengesahkan penyertaan secara rasmi.