fb fb fb fb fb

KRM gantung enam pemain, langgar tatatertib

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) telah mengantung seramai enam orang pemain selama setahun yang dipercayai melanggar tatatertib yang telah ditetapkan.

Timbalan Presidennya, Amir Amri Mohamad menyatakan perkara itu telah dibuat melalui satu perbincangan bersama Lembaga Tatatertib Rugbi Malaysia.

"Kita telah membuat keputusan di pihak pengurusan dan kejurulatihan bahawa kita tidak ada lagi perlepasan 'player' selepas Liga Kesatuan Rugbi Selangor dan juga selepas Kuantan, jadi kita telah maklumkan secara 'personal' kepada empat orang pemain yang datang berjumpa saya," katanya.

Amir menyatakan perkara itu ketika ditemui semasa melihat perlawanan persahabatan antara KRM dan Mersing Eagles di ibu negara.


(Timbalan Presiden KRM, Amir Amri Mohamad)

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan tempoh pergantungan pemain itu juga telah dipendekkan kepada sembilan bulan.

Keputusan berkenaan dibuat setelah kesemua pemain berkenaan membuat rayuan kepada Lembaga Rugbi Malaysia.

Selepas tempoh pergantungan tamat, kesemua pemain tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk bermain semula dalam pasukan Bunga Raya itu kembali.

Media Baharu