fb fb fb fb fb

Kriket: Kapten Pakistan, Babar Azam muncul pelari terpantas Asia, catat 10,000 larian

NEW DELHI, 18 Julai- Kapten pasukan kriket Pakistan Babar Azam mengatasi rekod Virat Kohli dari India untuk muncul sebagai pemain Asia terpantas dengan mencatat 10,000 larian.

Atlet berusia 27 tahun itu mencatat rekod dalam perlawanan menentang pasukan Sri Lanka di Stadium Antarabangsa Galle pada Ahad.

"Babar Azam melakar kejayaannya yang tersendiri," ciap Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) di Twitter.

Beliau menjadi pemain Pakistan ke-11 yang mencatat 10,000 larian dan yang kelima terpantas di peringkat antarabangsa. - BERNAMA


(Kapten pasukan kriket Pakistan Babar Azam /AFP)

Media Baharu