fb fb fb fb fb

Kriket akan dipertandingkan di Sukan Asia 2026

FOTO HIASAN / REUTERS

NEW DELHI, 25 Julai - Sukan kriket bakal kembali sebagai salah satu acara yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia 2026 di Jepun.

Pengumuman rasmi dibuat Majlis Kriket Asia (ACC) semasa Mesyuarat Agung Tahunannya yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh, pada hari Khamis.

Dalam satu kenyataan, ACC menyatakan seramai 10 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita akan menyertai temasya tersebut.

Penyertaan pasukan ditentukan berdasarkan ranking semasa masing-masing di peringkat benua Asia.

Kriket sebelum ini tampil dalam Sukan Asia 2023 di Hangzhou, selepas hampir sedekad tidak dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar Asia itu.

Dalam perkembangan lain, ACC turut mengumumkan kemasukan tiga ahli baharu Mongolia, Uzbekistan dan Filipina sekali gus mengembangkan lagi keahlian badan induk tersebut.

Selain pengumuman penyertaan kriket di Sukan Asia 2026, mesyuarat tersebut juga meluluskan kalendar kejohanan rasmi bagi musim 2025 – 2026.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE