fb fb fb fb fb

Kosovo buru keajaiban untuk terus layak ke Piala Dunia 2026

Foto REUTERS

PRISTINA, 18 November – Kosovo bakal berdepan laluan hampir mustahil untuk layak secara automatik ke Piala Dunia 2026 apabila mereka perlu menewaskan Switzerland dengan sekurang-kurangnya enam gol pada aksi terakhir Kumpulan B pada Selasa.

Kosovo sudah mengesahkan sekurang-kurangnya tempat ke pusingan playoff, namun hanya kemenangan besar akan membolehkan mereka memintas Switzerland dan muncul juara kumpulan.

Kedua-dua pasukan menjalani latihan di Pristina pada Isnin menjelang perlawanan penentuan itu.

Switzerland kini mendahului kumpulan dengan 13 mata, manakala Kosovo di tempat kedua dengan 10 mata.

Walaupun Kosovo mempamerkan prestasi yang baik kebelakangan ini serta mencatat kemenangan penting dalam beberapa perlawanan, misi untuk mengatasi Switzerland dengan jurang enam gol dilihat sebagai cabaran amat berat.

Bagaimanapun, dengan tiket playoff sudah berada dalam genggaman, Kosovo menegaskan mereka tetap akan bermain dengan penuh keyakinan sambil menghidupkan sedikit harapan untuk mencipta kejutan.

Jika berjaya layak, ia akan menandakan penampilan pertama Kosovo di Piala Dunia sejak negara itu mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008 dan menjadi ahli rasmi UEFA serta FIFA pada 2016. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN