fb fb fb fb fb

Kontinjen Selangor juara Sukan Piala Ketua Polis Negara

FOTO RTM

KUALA NERUS,7 Julai - Kontinjen Selangor muncul juara keseluruhan pada Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara yang bermula 2 Julai lalu dan berakhir hari ini.

Lima sukan dipertandingkan pada Temasya Fasa 2 iaitu badminton, boling padang, bola jaring, sepak takraw dan karate.

Sebanyak 24 kontinjen serta formasi menyertai pertandingan yang diadakan di beberapa lokasi sekitar Kuala Nerus.

82 pasukan terdiri daripada 1,535 atlet serta pegawai menyertai sukan yang dipertandingkan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Sri Azmi Abu Kassim mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini.

TETITIA YUSOFF