fb fb fb fb fb

Kompleks Sukan Bukit Merbau bakal jadi lokasi utama penganjuran Sukma 2026

(FOTO FB Suara Pasir Puteh)

MACHANG, 1 Ogos- Kompleks Sukan Bukit Merbau bernilai RM270 juta di Pasir Puteh, Kelantan akan mula dibina selewat-lewatnya Januari tahun depan.

Ia bakal menjadi lokasi utama bagi penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 pada 2026.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat, ini kali pertama Kelantan menjadi tuan rumah temasya tersebut dan pihaknya menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membina prasarana sukan di negeri itu.

"Perancangan kita plan pembangunan infra dan plan pembangunan atlet kita bergerak seiring dan sudah dimuktamadkan pada 14 Julai lalu dimana pembinaan kompleks itu dijangka tahun ini atau awal tahun 2023 insyallah akan dimulakan pembinaan," katanya.


(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat)

Wan Roslan berkata demikian selepas merasmikan penutup “Kelantan Forestry International Downhill Challenge 2022 di Hutan Simpan Chabang Tongkat, Machang.

Ujarnya, kompleks sukan di kawasan seluas 66.4 hektar itu merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis, dan padang sintetik.

Ia mampu memuatkan sehingga 30,000 penonton dan pada masa sama, pembinaan kompleks sukan ini secara tidak langsung juga akan merancakkan lagi pembangunan sukan di Kelantan.

Media Baharu