fb fb fb fb fb

Komanwel 2022: Skuad ping pong wanita negara rangkul pingat perak

(FOTO BERNAMA)

BIRMINGHAM, 2 Ogos - Skuad ping pong wanita negara merangkul pingat perak selepas gagal membalas dendam kekalahan edisi Glasgow 2014 apabila tumpas kepada Singapura dalam pertemuan akhir dengan keputusan 3-0.

Namun tetap berbangga dengan pencapaian mengatasi jangkaan pada temasya Sukan Komanwel tahun ini.

Gandingan Karen Lyne dan Ho Ying yang turun dalam pertemuan pertama bermula cemerlang memenangi set pertama 11-7.

(FOTO BERNAMA)

Mereka bagaimanapun terpaksa akur tewas tiga set berikutnya keatas Zeng Jian dan Zhou Jingyi dengan keputusan 4-11, 6-11 dan 5-11 untuk memberi mata pertama buat Singapura.

Mata kedua Singapura diperoleh Feng Tianwei yang menundukkan wakil negara, Alice Chang Li Sian dengan kemenangan straight set 11-9, 11-1 dan 11-7.

Turun dalam pertemuan terakhir, Ho Ying gagal mengekang Zeng Jian daripada memperoleh mata ketiga dan mengesahkan pingat emas buat Singapura selepas tewas 11-3, 11-4 , 8-11 dan 11-5.

Media Baharu