LIVERPOOL, 27 Januari -Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bakal tinggalkan The Reds pada penghujung musim ini.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam temubual yang dibuat pada Jumaat.
Jelas Klopp, beliau kini semakin kehilangan tenaga dan tidak mampu lagi meneruskan tugas sebagai pengurus kelab itu.
Tambahnya, biarpun ramai yang terkejut dengan keputusan itu, namun ia adalah sesuatu yang perlu beliau lakukan.
Pengendali dari Jerman itu mengambil alih tugas di Anfield pada Oktober 2015.
Antara pencapaiannya bersama The Reds adalah menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.