fb fb fb fb fb

Kian Meng-Pei Jing mara ke pusingan kedua Terbuka China 2024

Foto Facebook BAM

KUALA LUMPUR, 18 September - Pemain beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing hanya mengambil masa 31 minit untuk mara ke pusingan kedua Terbuka China 2024 selepas menewaskan wakil India Reddy B Sumeeth-Reddy Sikki.

Pasangan yang berada di ranking ke-17 dunia itu tidak berdepan masalah mencatat kemenangan mudah 21-10, 21-16 di Changzhou.

Menanti Kian Meng-Pei Jing di pusingan kedua esok adalah pasangan Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund yang mara selepas menewaskan pasangan Taiwan, Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun dalam aksi set penentuan 14-21, 22-20, 21-16.

Satu lagi pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Yu Sin turut mara ke pusingan kedua selepas menang 21-17, 21-16 ke atas pasangan Taiwan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.

Pang Ron-Yu Sin bakal bertemu rakan senegara Yap Roy King-Valeree Siow yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama bagi merebut slot ke suku akhir.

Sementara itu, hasrat beregu lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas tumpas kepada juara bertahan dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Sung Jae 21-10, 21-18.

Min Hyuk-Sung Jae bakal membuat perhitungan bersama pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turut mara selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, 21-17, 21-19 semalam.- BERNAMA

Trainee2