fb fb fb fb fb

Ketua jurulatih Costa Rica, letak jawatan

Gustavo Alfaro meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Costa Rica/Foto REUTERS

SAN JOSE, 10 Ogos-Gustavo Alfaro meletakkan jawatan sebagai Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Costa Rica selepas sembilan bulan membimbing negara berkenaan, umum Persekutuan bola sepak negara, (FCRF) itu pada Jumaat.

"Kami berterima kasih kepada Alfaro dan pasukannya atas dedikasi mereka ketika membimbing pasukan.

"Kami akan terus membina dan membentuk pasukan yang mantap ke arah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2026", kata salah seorang jurucakap FCRF.

Sementara itu, media Argentina melaporkan Alfaro disebut-sebut bakal menjadi pengurus baharu Paraguay menggantikan Daniel Garnero yang meletakkan jawatan susulan prestasi buruk pasukan tersebut pada kejohanan Copa Amerika baru-baru ini.

"Alfaro tidak lagi menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan bersetuju meletakkan jawatan", memetik sumber yang rapat dengan Alfaro namun tidak menjelaskan sebab peletakan jawatan itu.

Pengurus berusia 61 tahun itu berjaya membawa Costa Rica layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar dan menduduki tangga ketiga peringkat kumpulan pada aksi Copa Amerika 2024.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD