fb fb fb fb fb

Kerajaan komited bangunkan e-sukan

(Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P090 Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
beramah mesra bersama pemain-pemain E-Sports pada majlis perasmian Karnival Anak
Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera / BERNAMA)

BERA, 12 November- Kerajaan terus komited membangunkan e-sukan di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, usaha kerajaan dalam membangunkan e-sukan dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif termasuk jumlah peruntukan sebanyak RM13 juta dalam Bajet 2023 untuk sukan itu.

“Industri e-Sukan dunia juga sedang giat berkembang dan ia dijangka mampu menjana pendapatan sehingga RM7.56 bilion pada tahun 2024,” katanya ketika berucap pada Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera.

Karnival anjuran Miat Quadra Esport Club itu juga bagi melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai peringkat profesional.

Pengerusinya, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal berkata, pada karnival itu, seramai 190 peserta daripada 38 pasukan menyertai acara itu bagi menggilap kemahiran mereka dalam e-sukan sehingga mampu menjana pendapatan yang lumayan.

"E-sukan bukanlah dijadikan sebuah hobi semata mata ia boleh juga dijadikan karier dan tujuan matlamat team Miat Quadra adalah untuk menarik bakat minat anak anak muda seperti kita tahu ia boleh dijadikan sebagai mata pencarian,"katanya.

Santai e-games yang berlangsung hari ini menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM25,000.

Tempat pertama membawa pulang RM10,000, kedua RM5,000 manakala tempat ketiga RM2,000.


(Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P090 Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

beramah mesra bersama pemain-pemain E-Sports pada majlis perasmian Karnival Anak Muda
Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera / BERNAMA)

Media Baharu