fb fb fb fb fb

Kenya laksana upacara pengebumian negara untuk Kelvin Kiptum

Foto AFP

ITEN, 22 Februari- Pemegang rekod dunia maraton, Kelvin Kiptum dari Kenya yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada 11 Februari lalu, diberi penghormatan menerusi upacara pengebumian negara.

Upacara pengebumian yang berlangsung esok akan dihadiri Presiden Kenya, William Ruto.

Selain itu, orang ramai turut memberi penghormatan terakhir kepada atlet muda itu bermula hari ini.

Kiptum dilaporkan meninggal dunia pada usia 24 tahun dalam satu kemalangan jalan raya di Kaptagat, barat daya Kenya pada 11 Februari lalu.

Jurulatihnya, Gervais Hakizimana turut meninggal dunia dalam nahas itu.

Kiptum mencipta rekod dunia baharu 2 jam 35 saat di Chicago Marathon pada bulan Oktober 2023 menewaskan rakan senegara, Kenya Eliud Kipchoge.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM